• Main
  • News

Sukantara Sk Pulai

Sukantara  Sk Pulai

SUKANTARA SK PULAI
16-17 Julai 2025

Gambar sepanjang acara Sukantara :
https://photos.app.goo.gl/GLbVK1RyCr8EWcQd8

Acara ini akan melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, murid PPKI dan murid Prasekolah
Ianya menjadi platform penting bagi membina semangat kesukanan, mencungkil bakat atletik serta menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. Sukantara juga merupakan salah satu sesi penilaian prestasi sukan yang akan digunakan dalam pemilihan peserta ke temasya sukan peringkat sekolah dan seterusnya.

Selain menguji kecekapan fizikal dan ketangkasan murid, Sukantara turut bertujuan memupuk nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, kepimpinan, semangat berpasukan dan daya saing yang sihat. Aktiviti seperti ini juga memberi ruang kepada murid untuk mengekspresikan potensi diri dan membina keyakinan melalui penglibatan secara aktif di padang.