• Main
  • News

???? MAJLIS PERASMIAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM (PPI) & PENYAMPAIAN WANG SUMBANGAN ANAK YATIM DAN ASNAF 2025

Alhamdulillah, pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Islam (PPI) serta Penyampaian Wang Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf 2025 bertempat di Dewan Umar Al-Khattab.

Majlis penuh keberkatan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Liakatali bin Abu Bakar, Pengarah Urusan Hamidah Food.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang, penderma dan individu budiman yang telah memberikan sumbangan ikhlas dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala jasa dan kemurahan hati diberkati serta digandakan ganjaran oleh Allah SWT. ????✨

Semoga dengan penubuhan Pusat Pendidikan Islam (PPI) ini dapat memperkukuh usaha melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing, serta terus menyemai semangat kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan. ????

Pautan buku program:
https://heyzine.com/flip-book/e47983a4fa.htmlBUKU

Gambar sepanjag program:
https://photos.app.goo.gl/bWCTrRpDMNgAgxURA

#PusatPendidikanIslam
#MajlisPerasmianPPI2025
#SekolahPrihatin
#PendidikanBerkualiti
#AnakYatimDanAsnaf
#HamidahFood