???? SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK PULAI 2025 ????
Alhamdulillah, Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Pulai telah berlangsung dengan penuh meriah pada 26 November 2025 (Rabu) bertempat di SK Pulai.
Dengan tema Retro, para murid tampil bergaya dan ceria dalam pelbagai kostum kreatif yang menghidupkan suasana zaman 70-an dan 80-an.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti:
✨ Persembahan Badut
✨ Pertandingan Koir (Tahap 1, PPKI & Pra Sekolah)
✨ Pertandingan Explorace (Tahap 2)
✨ Persembahan nyanyian solo
✨ Persembahan murid Tahun 6
✨ 200++ Cabutan bertuah ????????????
✨ Penyampaian hadiah The Best Costume Retro
✨ Penyampaian hadiah untuk semua pertandingan
Majlis berakhir pada 12.00 tengah hari dengan penuh warna-warni dan senyuman kegembiraan murid-murid.
Terima kasih kepada semua guru, pentadbir, AJK program, dan murid yang menjayakan sambutan ini. Semoga hari istimewa ini menjadi kenangan manis untuk semua warga SK Pulai! ❤️????
Pautan buku program ;
https://bit.ly/4oBSp9n
Pautan gambar;
https://photos.app.goo.gl/EH5b8jcBSKhbLrUL9
#SKPulai
#HariKanakKanak2025
#TemaRetro
#AnakAnakHebat